Menteri: Borang Pakatan pun ada 'kaum' juga

2015-08-12 0

Sepertimana kerajaan menjelaskan tidak berhasratkan menggugurkan ruang 'kaum' dalam borang rasmi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa ruangan itu tidak semestinya suatu yang tidak baik.

Untuk menggambarkan maksudnya, beliau berkata Pakatan Rakyat yang mana pemimpinnya sebelum ini, juga mahu menggugurkan ruang 'kaum' itu turut berpandangan ia sebagai data penting.