'Pendatang' tiada hak halang Malaysia jadi negara Islam

2015-08-12 2

Ikatan Muslimin Malaysia mempertahankan dakwaannya bahawa orang Melayu di negara ini berhak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Justeru, kata presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman, bangsa lain yang dilabelnya sebagai 'pendatang' tidak berhak campur tangan bagi menghalang hukum hudud dilaksanakan di negara ini.