Penyandang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mencadangkan agar pemilihan parti kembali ke format lama iaitu mengundi dengan memangkah di sebelah nama calon.
Menurut Izzah, sistem undian mengikut nombor yang diperkenalkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pada tahun ini- yang mana- pengundi perlu menulis nombor setiap calon yang ingin diundi agak membuang masa dan menyusahkan.