PAS hari ini memutuskan tidak akan membentangkan rang undang-undang usul persendirian mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan ke Dewan Rakyat pada Jun depan.
Sebaliknya, menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang membaca kenyataan media presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan pusat.
Katanya, jawatankuasa berkenaan kemudiannya akan mengemukakan cadangan dan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993.