Hina azan: MJMM buat laporan polis

2015-08-12 1

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa mengejek azan umat Islam.

Presidennya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata tindakan itu sangat biadap dan kurang ajar dan mahu pihak berkuasa segera menanganinya.