Calon Bebas Bukit Gelugor dakwa masih ahli PAS

2015-08-12 7

Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar berkata, beliau masih lagi merupakan ahli PAS walaupun bertanding sebagai calon bebas.

Ketika berkempen di Taman Tun Sardon, Pulau Pinang hari ini, Mohamed turut memberi peringatan kepada penduduk di kawasan itu supaya memastikan agar masyarakat Melayu di negeri itu tidak menjadi seperti di Singapura.