Ajar tanpa tauliah: Mahkamah bebaskan Dr Asri

2015-08-12 31

Mahkamah Syariah Gombak hari ini membebaskan bekas mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin daripada tuduhan mengajar tanpa tauliah di Selangor pada tahun 2009.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin sewaktu membacakan keputusan pagi ini berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh.