Tak adil 'serang' ibu saya jika benci DAP, kata Dyana

2015-08-12 15

Dyana Sofya Mohd Daud kesal kerana pemimpin BN, khususnya Umno 'menyerang' ibunya, Yammy Samat kerana menyokong dan membantunya yang bertanding sebagai calon DAP pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Katanya, adalah tidak adil bagi mereka berbuat demikian tetapi percaya ibunya yang menjadi ahli Umno sejak berusia 19 tahun mampu menghadapi 'serangan' berkenaan.