Liberalisme, pluralisme perlu dibendung kata TPM

2015-08-12 6

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fahaman liberalisme dan pluralisme yang semakin menular di negara ini perlu dibendung segera.

Katanya, fahaman tersebut memberi ancaman kepada negara serta meruntuhkan institusi agama kerana terdapat pihak kini yang mempersoalkan autoriti institusi agama terutamanya institusi fatwa dan mahkamah.