Yammy Samat menyindir bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan didikan dan cara beliau membesarkan Dyana Sofya Mohd Daud, sehingga peguam muda itu sanggup menyertai DAP.
Pemimpin veteran Wanita Umno itu dengan sinis berkata, beliau berusaha membesarkan Dyana, 27 supaya mengikut jejak langkah seorang anak lelaki Mahathir, Mukhriz yang kini menjadi menteri besar Umno di Kedah.
Bagaimanapun, anak gadisnya itu kini lebih banyak mencontohi seorang lagi anak Mahathir, Marina, aktivis sosial yang sering berbeza pandangan dengan bekas perdana menteri itu.