Kit Siang: Khairy individu terpencil dalam Umno

2015-08-12 1

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menganggap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai individu terpencil dalam Umno.

Mengulas dakwaan Khairy bahawa kehadiran calon bagi pilihan raya kecil Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud tidak mampu memikat pengundi Melayu, katanya, pandangan ketua pemuda Umno itu hanya mewakili dirinya dan bukan parti berkenaan.