Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari ini menggelarkan calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohad Daud sebagai calon 3N iaitu 'Tidak berintegriti, tiada kejujuran dan tiada keikhlasan (No integrity, No honesty and No sincerity).
Teng berkata, Dyana bukanlah calon 3B 'Cantik, Bijak dan Berani (Beauty, Brains and Bravery) tetapi sebaliknya kerana Dyana dilihat tidak konsisten terhadap isu keahlian Perkasa ibunya serta isu hudud.