Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan tegas ke atas kilang coklat Cadbury yang produknya dikesan mengandungi DNA babi.
Seorang daripada wakil NGO itu, Nurol Nadzir dari Pertubuhan Amah Majikan Malaysia (MAMA) turut menitiskan air mata kerana mendakwa anak-anak mereka telah diberikan makanan haram.