Banjir kilat: beberapa kenderaan ditenggelami air di UIA Gombak

2015-08-12 1

Beberapa buah kenderaan ditenggelami air semalam akibat banjir kilat berikutan hujan lebat sejak pukul 2 petang hari itu di perkarangan kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.

Banjir itu dipercayai berpunca daripada sungai di kawasan UIA yang tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak di kawasan rendah sehingga menyebabkan air melimpah ke jalan raya.