JAKIM sahkan tiada DNA babi dalam coklat Cadbury

2015-08-12 61

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan bahawa tiada DNA babi yang dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang produk tenusu berkenaan minggu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini sudah tercemar kerana ia tidak diambil terus dari kilang berkenaan.