Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata, polis sepatutnya bertindak bagi memastikan anak S Deepa dikembalikan kepada wanita tersebut.
Menurut Nancy, Deepa merupakan penjaga yang berhak ke atas kanak-kanak terbabit.
Menteri hal ehwal undang-undang itu merujuk kepada tindakan bekas suami Deepa, seorang mualaf yang merampas anak lelaki pasangan terbabit selepas satu keputusan Mahkamah Tinggi Seremban memihak kepada Deepa.