Umno hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat, ibu kepada calon DAP pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kerana menyokong kempen pembangkang.
Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor surat itu diserahkan pagi ini dan meminta Yammy supaya memberi penjelasan dalam tempoh 14 hari mengapa dirinya tidak harus dipecat ataupun keahlian partinya digantung.