NGO Islam mahu mufti tampil jelaskan isu coklat

2015-08-12 2

Beberapa NGO Islam mahu mufti-mufti di negara ini tampil memberi penjelasan sama ada coklat yang dikelaurkan oleh sebuah syarikat yang sebelum ini dikaitkan dengan isu DNA babi halal untuk dimakan.


Menurut Pengerusi, Al-Madrasatul Jamaliyah, Amir Amsaa Alla Pitchay, sepatutnya Kementerian Kesihatan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti-mufti duduk bersama serta tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.