Ahli PKR yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard telah memfailkan aduan bertulis kepada pihak parti berkenaan berhubung rasuah yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi dan lembaga rayuan pemilihan PKR.
Dalam satu surat, Chegubard membangkitkan tentang satu tuduhan yang tersebar di internet sejak dua minggu lalu. Tuduhan itu mendakwa bahawa pengerusi lembaga rayuan pemilihan parti Abd Malek Hussin telah menolak rasuah oleh ketua cabang kota raja, dr xavier jayakumar dan seseorang yang dipanggil sebagai bos.