Lapan mahasiswa dibuang asrama manakala tiga pelajar tahun akhir di kampus Universiti Malaysia Sabah kampus antarabangsa Labuan (Umskal) telah digantung pengajian selama satu semester kerana berdemonstrasi di kampus itu Februari lalu.
Perhimpunan tersebut diadakan bagi membantah pengambil alihan premis yang dikendalikan oleh pelajar.