Jakim elak jawab isu demo makan coklat 'babi'

2015-08-11 1

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) enggan mengulas lanjut mengenai produk coklat Cadbury termasuk kesediaan pegawainya untuk mengadakan demonstrasi memakan coklat itu.

Ketika ditemui media selepas melancarkan majlis konvoi bermotor di Masjid Wilayah Persekutuan pagi tadi, Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Razali Shahabuddin menolak untuk menjawab soalan pemberita berhubung perkara tersebut.