Pengamal undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa Majlis Peguam bertindak seperti biro guaman Pakatan Rakyat kerana sering mengeluarkan kenyataan pro-pembangkang.
Oleh itu, beliau mencadangkan supaya Parlimen mengurangkan kuasa Majlis Peguam dan meminda Akta Profesion Undang-undang untuk memastikan ia tidak disalahguna.