Dr Asri: Ilmu fekah itu luas, tak perlu hina Qardhawi

2015-08-11 28

Bekas Mufti Perlis Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, mana-mana pihak tidak perlu menghina sarjana Islam Dr Yusuf Al-Qardhawi berhubung pandangannya yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi halal digunakan.

Menurut Asri, dengan keluasan ilmu fekah, setiap indivdiu mempunyai hak sama ada untuk menerima atau tidak pandangan tersebut.