Kg Chubadak: Tiada notis sebelum rumah diroboh

2015-08-11 2

Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Sentul melahirkan rasa kecewa apabila mereka tidak diberi notis sebelum rumah mereka dirobohkan.

Lebih menyedihkan apabila terdapat penduduk yang telah mendiami kawasan itu hampir 50 tahun terpaksa menginap di bangsal kerana rumah mereka diroboh oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).