Sebahagian besar majikan patuhi Akta Umur Persaraan

2015-08-11 7

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa sebahagian besar majkan mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang menetapkan bahawa umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila dirinya mencapai 60 tahun.

Menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat), katanya sehingga 28 Mei 2014, sembilan aduan diterima dan hanya satu kes dibawa ke mahkamah, manakala selebihnya diselesaikan dengan baik.

Free Traffic Exchange