Kumpulan gelandangan bukan rakyat M'sia, kata menteri

2015-08-11 2

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan Dewan Rakyat bahawa program-program membasmi kemiskinan di negara ini adalah mencukupi bagi membanteras kumpulan yang bergelar miskin tegar, miskin dan mudah miskin.

Menjawab soalan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan), katanya, golongan gelandangan di negara ini sebenarnya bukan rakyat tempatan tetapi adalah dari negara lain.