Waran tangkap pada Alvin gagal serah pasport

2015-08-11 11

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap blogger kontroversi Alvin Tan selepas dia gagal mengembalikan pasport antarabangsanya yang sebelum ini diberikan kepadanya bagi tujuan penggambaran di Singapura.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, yang menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan, tidak hadir di mahkamah hari ini dan gagal mengembalikan semula pasportnya kepada mahkamah sebelum 4 Jun lepas.