Polis: Peluang 36 mangsa bot karam hidup adalah tinggi

2015-08-11 1

Ketua Polis Kuala Langat Superintenden Azman Abd Razak menjangkakan peluang pihak berkuasa menjumpai 36 lagi mangsa bot karam di Sungai Air Hitam, di Banting, adalah tinggi.

Ini kerana katanya, kehilangan mereka berlaku tidak sampai 24 jam. Setakat ini, katanya, 61 mangsa berjaya diselamatkan dan siasatan awal mendapati ribut adalah punca bot itu karam.