Penukaran agama anak: PM perlu jelaskan pendirian kabinet

2015-08-11 1

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa memberi jawapan yang bercanggah apabila dilaporkan berkata kabinet masih mengkaji mekanisme menyelesaikan penukaran agama dan perebutan anak.

Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu tampil menjelaskan pendirian muktamad jemaah menteri atau kabinet.

Ini kerana sebelum ini, pada 2009 kabinet memutuskan tidak membenarkan penukaran agama anak secara sepihak tanpa kebenaran kedua-dua ibu bapa.