Sejajar dengan lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia pada April lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat negera ini bakal diberikan pengecualian daripada memohon visa sebelum dibenarkan ke neggara berkenaan.
Buat permulaan, katanya, proses berkenaan akan membabitkan tiga peringkat bermula dengan pegawai kerajaan dan diikuti dengan ahli perniagaan, sebelum kemudahan itu dilanjutkan kepada rakyat.