Demo Lynas: 200 berkumpul, walaupun polis sekat jalan

2015-08-11 1

Polis hari ini membuat sekatan di sekitar jalan masuk utama ke kilang penapisan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang bagi menghalang peserta Himpunan Hijau daripada memasuki kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, sekitar jam 12 tengah hari, kira-kira 200 peserta Himpunan Hijau masih lagi berkumpul di sekitar Balok Makmur untuk mendengar ucapan daripada beberapa pemimpin antaranya pemimpin PKR dan PSM iaitu Tian Chua dan S Arutchelvam serta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.