Video dipercayai dirakamkan rakyat Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria, selama seminit dan 33 saat mula tersebar di laman YouTube.
Video yang bertajuk Siria - Mercenarios Asiáticos Combaten en las Filas Terroristas - 7 dimuat naik pada 7 Jun dan mempunyai suara latar seorang individu yang bercakap bahasa Melayu loghat utara.
Rakaman video itu dikesan ketika Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung pembabitan 15 rakyat Malaysia dalam aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di negara Asia Barat itu.