Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dimaklumkan hari ini bahawa penunjuk perasaan, termasuk seorang wanita yang hamil antara enam hingga tujuh bulan tidak dibenarkan untuk berlindung di sebuah balai polis apabila mereka diserang sekumpulan samseng.
Ketika kejadian pada malam 22 Jun lalu, sekumpulan kira-kira 15 samseng menyerang penunjuk perasaan anti-Lynas, yang berhimpun di luar ibu pejabat polis daerah Kuantan sebagai solidariti terhadap 16 rakan mereka yang ditangkap pada hari itu.
Pengadu, Phua Fui Min, memberitahu Suhakam bahawa apabila keganasan tercetusd, tempat selamat yang terlintas pada fikirannya adalah di balai polis tetapi mereka tidak dibenarkan masuk.