Menteri dakwa NZ tawar M'sia bawa pulang diplomat

2015-08-11 6

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman hari ini mendakwa pihak berkuasa New Zealand yang menawarkan "alternatif" supaya Malaysia membawa pulang seorang diplomat negara yang dituduh terbabit dalam kes serangan seksual di negara itu.

Malah, katanya Malaysia bersedia menarik balik kekebalan diplomatik jika perlu, tetapi pihak berkuasa New Zealand menawarkan supaya diplomat tersebut, Mohammed Rizalman Ismail dibawa balik.