Video 'Negaraku' cuba kendurkan ketegangan kaum

2015-08-11 10

Sempena pelancaran gerakan rakyat 'Negaraku' yang mendakwa mahu memulihkan negara dan mengembalikan harapan ketika rakyat menghadapi cabaran yang menjejaskan keamanan dan keharmonian antara rakyat berbilang kaum dan agama, sebuah video diedarkan.

Video dengan durasi lebih 10 minit itu antara lain mendesak ahli politik menjauhi apa-apa bentuk perkauman dan organisasi media supaya menyalurkan berita benar.