Tragedi 13 Mei: Cukuplah memomokkan rakyat, kata Dr Maszlee

2015-08-11 184

Penganalisis Politik yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik mahu kerajaan memberi harapan positif kepada rakyat dan bukan memomokkan mereka dengan perkara yang menakutkan seperti tragedi berdarah 13 Mei.

Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa adalah tidak mustahil jika 13 Mei berulang, Maszlee berkata masyarakat sepatutnya dididik bagi menghormati orang lain agar isu sentimen perkauman tidak berlaku di negara ini.