Syarikat tawar RM300 untuk BMW dakwa perniagaan sah

2015-08-11 10

Syarikat YSLM yang dikendalikan oleh warganegara China Zhang Jian yang didakwa menjurus kepada skim cepat kaya menafikan aktiviti perniagaannya adalah haram.

Pengerusi bahagian kebajikan syarikat berkenaan Datuk John Lee Kim Tian pada sidang akhbar petang semalam mempertahankan aktiviti syarikat itu.

Beliau yang juga adalah Ketua MCA Bahagian Masjid Tanah berkata, apa yang dijalankan oleh syarikat itu adalah mengikut undang-undang dan menasihatkan orang ramai dan ahli syarikat supaya tidak risau.