Pegawai Pusat Khidmat Komuniti Parlimen Kluang Sheikh Omar Ali membuat laporan polis kerana bahagian pintu depan keretanya disimbah cat merah.
Dalam laporannya, Sheikh Omar berkata beliau tidak mengetahui pihak yang menyimbah cat merah itu tetapi membuat laporan kerana bimbang sesuatu berlaku terhadap dirinya, keluarga dan harta benda.