Proses pendakwaan lebih ketat dalam RUU Kebencian Kaum & Agama

2015-08-11 6

Unsur niat mencetuskan kebencian kaum dan agama menjadikan proses pendakwaan bawah Rang Undang-undang Kebencian Kaum dan Agama lebih ketat berbanding proses sama bawah Akta Hasutan 1948.

Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) Datuk Mujahid Yusof berkata, kenyataan bersifat perkauman tetapi tidak bertujuan membangkitkan kebencian tidak tertakluk bawahnya.