Walaupun kerajaan Selangor tidak gagal, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menegaskan bahawa terdapat isu-isu lain yang melanda negeri ini.
Beliau berkata, selain kekuatan negeri itu dari segi pengurusan kewangannya, namun terdapat isu seperti masalah air, projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan rampasan Alkitab berbahasa Melayu yang melanda negeri itu.