Ketiadaan kepimpinan yang berkesan boleh mendatangkan mala petaka kepada negara, sama seperti nasib yang dialami oleh pasukan bola sepak Brazil yang tersingkir daripada kejohana Piala Dunia apabila dibenam 7-1 oleh Jerman, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata adalah jelas ketiadaan pemain yang mampu menyelaraskan pertahanan Brazil punca juara dunia empat kali itu tumbang.