Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu organisasi dalam kerajaan mencontohi kejayaan pasukan bola sepak Jerman
yang menjuarai Piala Dunia 2014 melalui konteks pemuafakatan.
Katanya, kejayaan pasukan Jerman yang muncul juara selepas mengalahkan Argentina 1-0 pada perlawanan akhir Piala Dunia pagi tadi, boleh disimpulkan sebagai kecemerlangan individu dan komitmen berpasukan yang luar biasa.