MB: Khalid patut lebih beradab, tertib bila babitkan Sultan

2015-08-11 2

Menteri Besar Tan Seri Khalid Ibrahim beranggapan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad perlu menjaga adab dalam menyampaikan pandangan beliau dalam isu membabitkan kuasa Sultan.

Katanya, pemimpin PAS itu perlu menjaga adab dalam perkara sulit seperti itu bagi memastikan tujuannya dapat dicapai dalam keadaan tertib, tenteram dan mengikut lunas undang-undang.