Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini membidas akhbar New Straits Times kerana mempertaruhkan nyawa seorang anggota polis yang diculik dari Pulau Mabul, baru-baru ini, dalam keadaan bahaya dengan membuat laporan berhubung wang tebusan yang dituntut.
Sambil menafikan laporan itu, beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mendengar kepada 'khabar angin'.