Pemisah Ukraine kawal rapi usaha kumpul mayat

2015-08-11 4

Dua hari selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terhempas selepas ditembak jatuh di Grabove, timur Ukraine, tumpuan pasukan kecemasan dan pemerhati antarabangsa adalah untuk mengumpul semua 298 mayat.

Setelah terbiar beberapa hari di bawah sinaran terik matahari, sesetengah mayat mula bertukar hitam dan reput.

Pasukan bomba terus bertungkus lumus mengumpul mayat penumpang yang sebahagian besarnya terputus selepas terbakar.

Free Traffic Exchange