Bedilan kereta kebal rejim Israel ke atas Gaza malam semalam mengakibatkan tiga lagi orang, terbunuh.
Ini menjadikan jumlah kematian rakyat Palestin kepada 240 orang dalam tempoh 10 hari.
Ketiga-tiga mereka yang terkorban di timur Gaza itu terdiri daripada seorang kanak-kanak empat tahun, seorang remaja 15 tahun dan seorang lelaki berusia 26 tahun.