Pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang terhempas di Ukraine mengakibatkan semua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh dipercayai terkena bedilan peluru berpandu permukaan darat ke udara yang dilancarkan dari kawasan pihak pemisah, kata Amerika Syarikat.
Menurut dutanya ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Samantha Power, kemungkinan besar penerbangan MH17 terkena bedilan missile, SA-11.