Pakar: Pemisah Ukraine serah kurang 80 mayat

2015-08-11 21

Pemerhati antarabangsa mendakwa masih ada mayat-mayat yang belum dikutip sepenuhnya di timur Ukraine - tempat pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas. Manakala pakar Belanda pula memaklumkan mereka diberikan kurang 80 mayat daripada jumlah yang dijanjikan oleh kumpulah pemisah.

Wakil Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) Michael Bociurkiw yang melawat lokasi nahas memberitahu wartawan masih terdapat bahagian mayat yang belum dikumpulkan lagi.