Isu MB: PAS, DAP beri keputusan selepas Aidilfitri

2015-08-11 2

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini menerima cadangan PKR untuk membuat pertukaran menteri besar Selangor dengan mencalonkan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam satu kenyataan bersama, PAS dan DAP bersetuju untuk membawa cadangan itu ke mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan memberi keputusan berhubung perkara berkenaan selepas Aidilfitri.