Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga, kru MH17

2015-08-11 1

Dewan Rakyat hari ini merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terkorban dalam tragedi di timur Ukraine, Khamis lalu.

Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata diharapkan usaha membawa pulang mayat mangsa ke tanah air dipermudahkan.